PRS SMK TINGGI KAJANG

Aktiviti Kaunseling Dan Kerjaya Semasa

Tahun 2009

Program Maju Diri Untuk Pelajar-Pelajar Tingkatan 6

Pada 12 Februari 2009, Unit Bimbingan Dan Kaunseling [UBK] telahpun mengaturkan Program Maju Diri untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 untuk memberi motivasi kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan STPM.

Tujuan program ini juga adalah untuk meningkatkan keyakinan diri para pelajar serta merapatkan hubungan antara pelajar-pelajar Tingkatan 6.

img_5737

Para pelajar sedang menunggu arahan daripada guru.

img_5747Kaunseling motivasi.

img_5660

img_5655Kuiz Kerjaya

Para pelajar turut diberi peluang untuk menonjolkan bakat mereka:

img_5759Pertandingan menyanyi antara kumpulan.

img_8594

img_8631Pertandingan sketsa antara kumpulan.

img_5820Pertandingan syarahan antara kumpulan.

img_4387

Pemberian hadiah kepada para pemenang.

Akhir sekali, Program Maju Diri ini telahpun memberi dan membawa banyak manfaat kepada para pelajar Tingkatan 6.

~*~

Senam Robik Sempena Minggu Kesihatan

Aktivit senam robik sempena Minggu Kesihatan SMK Tinggi Kajang telahpun diadakan pada 23 Mac 2009. Aktiviti senam robik ini melibatkan semua pelajar sesi pagi/petang serta para guru.

img_0028

img_0080

Tujuan senam robik tersebut diadakan adalah untuk menyedarkan para pelajar tentang kepentingan kesihatan dan diharapkan agar selepas aktiviti senam robik ini, para pelajar akan menjaga kesihatan diri dengan lebih baik lagi!

~*~

Sukaneka Sempena Ulang Tahun Ke-90 SMK Tinggi Kajang

Pada 1 April 2009, SMK Tinggi Kajang telah mengadakan Karnival Ulang Tahun Ke-90 SMK Tinggi Kajang. Karnival tersebut telah diadakan dengan meriahnya dengan kedatangan pelajar-pelajar dari sekolah lain.

Unit Bimbingan Dan Kaunseling [UBK] serta Pembimbing Rakan Sebaya [PRS] telahpun mengadakan aktiviti sukaneka serta jualan gerai pada hari tersebut.

img_6949

Gerai UBK dan PRS

img_7102

Tembikai yang dijual oleh PRS

img_7267

Para pelajar dari sekolah lain.

img_7259

Gambar integrasi pelajar SMK Tinggi Kajang dengan pelajar sekolah lain.

img_7349

img_7330

img_7300

img_7226

img_7222

img_7202

Aktiviti-aktiviti sukaneka yang diadakan oleh UBK dan PRS pada hari tersebut.

Sukaneka serta jualan gerai telahpun berlangsung dengan meriah dan berjaya! Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menyokong dan membantu!

~*~

Kem Perkhemahan PRS & KRS

Pada 4 April-5 April 2009, Unit Bimbingan Dan Kaunseling [UBK] dengan kerjasama Kadet Remaja Sekolah [KRS] telah bekerjasama untuk mengadakan kem perkhemahan untuk ahli PRS dan ahli KRS.

img_3638-copy

Seramai 40 orang ahli PRS dari sesi pagi telah diberi kesempatan untuk menyertai perkhemahan ini. Objektif perkhemahan ini adalah untuk meningkatkan mutu, kualiti dan keyakinan ahli PRS dalam menjalani tugas sebagai PRS. Perkhemahan kali ini diadakan di Teratak Hijjaz, Sungai Merab, Putrajaya.

img_3728-copy

Pada hari pertama, perkhemahan ahli PRS dan ahli KRS telah digabungkan dan dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Bagi ahli PRS yang lambat tiba kerana terlibat dengan Seminar Perakaunan pada sebelah pagi terpaksa mengalami proses lelongan. Ahli PRS terpaksa melakukan diri mereka supaya kumpulan yang ada ingin membeli mereka dengan harga yang dibida.

img_3673-copy

Pada bahagian petang, kami diberi sedikit taklimat untuk memulakan Explorance. Explorance dimulai dari Alamanda. Peserta terpaksa mematuhi syarat Explorance iaitu memenuhi borang kaji selidik yang diberi. Selain daripada menyelesaikan tugasan pada setiap checkpoint untuk sampai ke stesen pertama dari Alamanda.

Kami terpaksa menapak ke stesen Petronas. Di Petronas, tugasan menekan bawang besar terpaksa diselesaikan. Selepas itu, kami diberi klu kedua yang memberi jawapan kepada Taman Warisan Pertanian. Di stesen kedua, kami terpaksa mencari maklumat tentang tanaman herba.

Untuk stesen seterusnya, iaitu Hotel Shang-ri La, kami terpaksa merasai kemasinan telur masin dan telur ayam mentah. Manakala untuk stesen terakhir, kami terpaksa menelan burger belacan berserta sos ladu yang teramat lazat sehingga menjilat jari.

img_3726-copy

Pada sebelah malam pula, kami menikmati hidangan BBQ. Selain itu, kami juga diberi motivasi yang berkesan oleh fasilitator. Pada hari kedua, kami lebih didedahkan kepada cara-cara dan bagaimana hendak menjadi PRS yang berkesan, berkualiti dan berjaya. Perkhemahan diakhiri dengan maljis penutup oleh pengetua SMK Tinggi Kajang.

~*~

Pelantikan PRS Tingkatan 6 Tahun 2009

Pada 6 April 2009, serama 19 orang Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 6 telahpun dilantik. Pelantikan tersebut dijalankan di tapak perhimpunan sekolah pada hari rasmi perhimpunan SMK Tinggi Kajang.

Pelantikan tersebut dimulakan dengan ucapan dari Ketua Kaunselor, Puan Zaharah. Seterusnya, pelantikan tersebut diteruskan dengan penerimaan watikah pelantikan daripada pengetua SMK Tinggi Kajang.

dsc03685-copy

Salah seorang PRS sedang menerima watikah pelantikan daripada pengetua SMK Tinggi Kajang.

pelantikan-prs2-copy

Pelantikan tersebut diakhiri dengan pengambilan gambar para PRS Tingkatan 6/2009 bersama-sama dengan para guru SMK Tinggi Kajang

~*~

Pameran Kerjaya 2009

Pameran Kerjaya 2009 pada tahun ini telah diadakan pada 8 April 2009 bertempat di Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin SMK Tinggi Kajang pada pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Pameran Kerjaya tersebut disertai oleh pelbagai kolej. Antaranya ialah Kolej Sunway, Kolej Taylors, Kolej Inti, Kolej The One Academy, Kolej Olympia, Kolej HELP serta Kolej Kuala Metropolitan.

imgp6654-copy

Para pelajar sedang melihat pameran.

imgp6651-copy

Para pelajar sedang mendapat lebih informasi tentang kursus-kursus yang diminati.

imgp6647-copy

Pameran tersebut berakhir dengan jayanya dan diharapkan agar semua pelajr mendapat manfaat daripada pameran kerjaya ini!

~*~

 

One Response to “Aktiviti Kaunseling Dan Kerjaya Semasa”

  1. SERINA BAHARIN said

    yaALLAH…
    rindunye ngn high school.
    x sabo rasenye nk g skolah blk cuti nnt.
    nntikan kedatangan saya ckg2….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: